nak join diowg ,,follow lah blog nie,,

Friday, 9 March 2012

DAKWAH YANG BERDOSA.......?


UJUB ZAMAN MODEN:


Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.


Hanya Allah SWT. sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT. untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.


Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti “Uishh… aku sujud lebih lama daripada dia…”.


Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.


1. Blog dan “Followers”


Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa dikalangan “blogger”. Mereka berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun “followers” yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan “followers” menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai. Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya “followers”. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan “followers” atau seronok kerana melihat JUMLAH “followers” yang banyak?


2. “Like” di Facebook


Post “status” di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan “like”. Apabila ramai yang “like”, mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.


3. Komen di Facebook


Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada “post” kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.


4. Komen Gambar di Facebook


Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.


6. Ramainya Kawan atau Peminat di Facebook


Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak. Ramai bilangan rakan maya di facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!


7. Berdakwah di Facebook


Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.


Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da’ie!


Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah

~keaiban diri~


CAra MeNgenal Aib DiRI snDri-JoM mUhaSaBah SaMa-SAma

Biasa saja kita mengungkapkan keaiban orang lain sama ada sengaja atau tidak. Namun adakalanya kita perlu menyelak tabir diri, mencari berapa banyak keaiban yang ada pada diri. Jadi mari kita kenal keaiban itu dengan beberapa cara.

1. Hampirkan diri pada guru atau orang berlimu yang dapat menyingkapkan sifat-sIfat buruk yang bersarang dalam diri ......manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya. Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatinya.

3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya-adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Kerana setiap mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain.

5. Sebelum melelapkan mata di malam hari, muhasabahlah diri berapa banyak kebaikan dan keburukan di buat. Timbangkan yang mana lebih banyak dibuat.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu, setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat pada diri sendiri. Malah mungkin dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu. Wallahua’lam.

Saturday, 25 February 2012

~bace lar dulu....

by Nadia Ahmad Tarmizi on Saturday, January 8, 2011 at 12:28pm AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah s...ekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.................... Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina) "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Ada apa dengan Melayu?


Melayu jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?

sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru, mistik alam hitam ,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv

melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo

dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?


melayu suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana


suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak

melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

baik hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?


melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat

ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?

ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
makayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah,atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina,maki-memaki,tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah


Nak Salah Siapa Melayu terus melayu?
Ibubapa,cikgu2,ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua

Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W
ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA  <3 <3

mengertilah...wahai ADAM~


ADAM...Mengertilah....
HAWA buknlah insn yang kuat,
bukan jua insan yg bisa menahan nfsu,
tatkala dri diuji,HAWA sering tewas..
Tewas dengan godaan syaitan & nfsu sndri..
...

ADAM,,,Mengertilah...
sungguh,HAWA telh cuba melakukn yg terbaik
agar diri ini tidk menjdi fitnh dunia,,,
telah HAWA cuba menjga diri ini sebaik-baiknya,
HAWA sedya upya menjauhkn diri ini dari tabaruj,perfume,make up,perhiasan..
telah HAWA elakkn sejauh2nya...
NAMUN Mengapa msih ADAM tertrik pda HAWA Yang serba kekurgn ini..

ADAM,,,Mengertilah..
HAWA ini berjiwa lembut,
sukar utk menolk bila ADAM meminta..
HAWA tahu permintaan ADAM xmungkin membwa HAWA ke kncah maksiat..
Namun HAWA lemah,,HAWA TAKUT zina hati..

ADAM ,,,Mengertilah....
setiap kali sms diterima,HAWA keliru,
ingin sekali HAWA membiarkn shja,,,
Tapi HAWA akur tuntutan sahabat,HAWA tewas,,
HAWA balas juga,
mengengkn ADAM adlh sahabat

ADAM Mengertilah...
setiap lyanan yg HAWA beri hanya sekdar membntu,
Mungkin HAWA adlh antra kasih syg ALLAH yang dikurniakn buat ADAM..
Permudhkn p'jalnan hidup ADAM,
Jangan dislh tfsir apa yang HAWA berikan..

ADAM Mengertilah ....
HAWA mengharpkn ADAM menjaga HAWA,
Namun bukanlah'COUPLE' yang HAWA minta,
TAPI cukuplah sekadar xmemndg HAWA..
Cukuplh sekdr m'hrmti HAWA sebagai HAWA..
dengan dipinta apa yang xmampu HAWA berikn
kerANA ....
HAWA milik ALLAH sepenuhnya...

ADAM,,,Mengertilah....

indahnya cinta