nak join diowg ,,follow lah blog nie,,

Saturday, 9 July 2011

umat muhammad saw tercicir

UMAT NABI YANG TERCICIR PADA HARI KIAMAT   Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa dia berkata: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ، وَدِدْتُ أَنِّي قَدْ رَأَيْناَ إِخْوَانَنَا، قَالُوا: أَوَلَسْنا إِخْوَانِكَ يَارَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ، فَقَالُوا: كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَارَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ: أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلً لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ، أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنَ الْوُضُوءِ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ،أَلاَ لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ، أَلَا هَلُمَّ، فَيُقالُ: إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ، فَأَقُولُ: سُحْقًا سُحْقًا. Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu baginda bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu wahai perkampungan orang-orang beriman. Kita akan menyusul bersama kamu, Insya'Allah. Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya: Bukankah kami semua saudaramu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Baginda menjawab: Kamu semua adalah sahabat aku sementara saudara-saudara kita ialah mereka yang belum dilahirkan (iaitu mereka yang akan datang di kemudian hari). Para sahabat bertanya lagi: Bagaimanakah kamu dapat mengenali mereka yang belum dilahirkan dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki memiliki seekor kuda yang berbuluh putih di dahi dan di kakinya, lalu kuda itu berada di tengah-tengah kelompok kuda berwarna hitam, bukankah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda shalallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana bekas wudhuk. Aku mendahului mereka ke telaga (al-Haudh). Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Ke marilah kamu semua. Maka dikatakan (kepadaku) bahawa mereka telah menukar ajaranmu (melakukan bid’ah) selepas engkau wafat. Maka aku katakan (kepada mereka): Pergilah jauh-jauh dari sini.. Dalam lafaz yang lain disebut: إِنَّكَ لاَتَدْرِيْ مَا أَحْدَثُوْا بَعْدَكَ... Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan (dalam agama ini) setelah (kewafatan) engkau ... [1] Hadith yang mulia di atas memaparkan perkhabaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai suasana yang bakal berlaku pada hari kiamat kelak. Dalam hadith ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kepada kita umatnya, bahawa pada hari tersebut umat Islam akan terpecah kepada dua golongan, iaitu yang pertama ialah mereka yang berjaya mendatangi telaga al-Haudh[2] sementara golongan yang kedua ialah mereka yang dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendatangi telaga tersebut. Di kalangan para pembaca, mungkin ada ketika ini yang sedang tertanya-tanya, siapakah golongan kedua yang dimaksudkan dalam hadith di atas dan apakah faktor yang menyebabkan mereka dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendatangi telaga al-Haudhnya pada hari kiamat kelak? Bagi merungkai persoalan ini, ikutilah huraian selanjutnya.   ¯ Siapakah golongan yang tercicir itu? Jika diperhatikan matn (teks) hadith di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut bahawa ... mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana bekas wudhuk.. Kenyataan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah. Namun, apa yang memeranjatkan kita ialah dalam hadith tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut menyatakan bahawa ... Ada golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat... Berdasarkan kepada pernyataan ini, dapat difahami bahawa dalam kalangan "orang-orang yang beribadah" tersebut akan ada satu kelompok dari mereka yang akan dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Di sini timbul satu persoalan, siapakah kelompok yang dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut dan mengapakah mereka dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, padahal mereka ialah umat baginda shallallahu ‘alaihi wasallam serta merupakan golongan yang tekun di dalam beribadah? Terhadap persoalan di atas, ia dapat dijawab dengan merujuk kepada matn (teks) hadith itu sendiri, dimana dalam hadith tersebut sedia dijelaskan bahawa ... mereka telah menukar ajaranmu (melakukan bid’ah) selepas engkau wafat ... Berdasarkan penjelasan ini, tidak syak bagi kita bahawa mereka ialah golongan ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan yang bid'ah (perkara baru) di dalam agama. Hal ini bukanlah suatu yang menghairankan kita kerana sedia difahami bahawa Islam amat melarang keras umatnya daripada mengadakan sesuatu di dalam urusan agama ini apa yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini sebagaimana jelas hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pernyataan daripada para tokoh al-Salaf al-Shalih yang mencela setiap bid’ah di dalam agama kerana setiap bid’ah itu adalah sebuah kesesatan di sisi ajaran Islam.[3] Perhatikan hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berikut:[4] فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain:[5] فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَخَيْرَ الْحَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ. Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata: [6] من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكمَلت لَكم دِينَكم) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا. Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam dan menganggapnya sebagai hasanah (baik) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Dengan demikian, apa yang pada hari tersebut bukan merupakan (ajaran) agama, maka ia (juga) tidak menjadi (sebagai daripada ajaran) agama pada hari ini. Abdullah bin ‘Umar radhiallahu‘anhu pula berkata:[7] كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة. Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik). Sementara itu, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:[8] أصول السنة عندنا: التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والإقتداء بهم وترك البدع وكل بدعة فهي ضلالة. Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar hendaklah mereka sentiasa memerhatikan setiap amal ibadah yang mereka kerjakan selama ini. Adakah ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi al-Sunnahnya yang sahih atau sebaliknya (bid’ah). Hal ini perlu dicermati oleh semua pihak memandangkan ia melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh itu atau pun termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan Rasul-Nya sehingga dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda. Janganlah kerana kita termasuk dalam golongan "ahli ibadah" kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang akan atau telah kita lakukan selama ini. Hendaklah kita sedar bahawa dengan hanya beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Juga dengan beribadah sahaja, ia belum tentu akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di hadapan Mahkamah Allah kelak, andaikata ibadah yang kita lakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang menjauhi petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha berittiba' (mengikuti) al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan menjauhi diri daripada melakukan segala bentuk amalan bid'ah di dalam agama. Semoga dengan cara ini kita termasuk dalam kelompok umat Nabi yang mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh serta terlepas daripada kelompok yang disebutkan oleh baginda sebagai golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat sebagaimana yang dijelaskan di awal permulaan risalah ini. Mengakhiri perbincangan yang serba ringkas ini, marilah kita merenungi sejenak salah sebuah hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini. Sabdanya:[9] إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ وَلَكِنْ رَضَيَ أَنْ يُطَاعَ فِيْمَا سِوَىْ ذَلِكَ مِمَّا تَحَاقَرُوْنَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَاحْذَرُوا، إِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan telah berputus harapan untuk ia disembah di bumi kamu tetapi ia rela untuk dipatuhi selain itu daripada perkara-perkara yang kamu pandangnya senang daripada amalan-amalan kamu. Oleh itu hendaklah kamu berhati-hati. Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat sama sekali untuk selamanya; iaitu al-Quran dan as-Sunnah Nabi-Nya. Wallahu'alam. [1] Hadith riwayat al-Bukhari, no. 6584 dan Muslim, no. 2291. [2] Telaga al-Haudh ialah sebuah telaga yang diperuntukan khas bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Kiamat kelak. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika menjelaskan sifat-sifat telaga al-Haudh: حوضي مسيرة شهر ماؤه أبيض من اللبن وريحه أطيب من المسك وكيزانه كنجوم السماء من شرب منها فلا يظمأ أبدا. Telagaku seluas perjalanan sebulan (perjalanan). Warna airnya lebih putih daripada susu, aromanya lebih harum daripada minyak kasturi dan bejananya sejumlah bintang-bintang di langit. Sesiapa yang meminum darinya, maka tidak akan dahaga selamanya. – Hadith riwayat al-Bukhari, no. 6579 dan Muslim, no. 2292. [3] Dengan penjelasan ini, maka terbatallah pandangan sesetengah pihak yang mendukung konsep bid’ah yang hasanah dalam agama. Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain:[1] فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَخَيْرَ الْحَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ. Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata: [2] من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكمَلت لَكم دِينَكم) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا. Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam dan menganggapnya sebagai hasanah (baik) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala  telah berfirman:   Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Dengan demikian, apa yang pada hari tersebut bukan merupakan (ajaran) agama, maka ia (juga) tidak menjadi (sebagai daripada ajaran) agama pada hari ini.   Abdullah bin ‘Umar radhiallahu‘anhu pula berkata:[3] كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة. Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik).   Sementara itu, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:[4] أصول السنة عندنا: التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والإقتداء بهم وترك البدع وكل بدعة فهي ضلالة. Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar hendaklah mereka sentiasa memerhatikan setiap amal ibadah yang mereka kerjakan selama ini. Adakah ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi al-Sunnahnya yang sahih atau sebaliknya (bid’ah). Hal ini perlu dicermati oleh semua pihak memandangkan ia melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh itu atau pun termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan Rasul-Nya sehingga dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda. Janganlah kerana kita termasuk dalam golongan "ahli ibadah" kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang akan atau telah kita lakukan selama ini. Hendaklah kita sedar bahawa dengan hanya beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah Subhanahu wa Ta’ala.  Juga dengan beribadah sahaja, ia belum tentu akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di hadapan Mahkamah Allah kelak, andaikata ibadah yang kita lakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang menjauhi petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha berittiba' (mengikuti) al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan menjauhi diri daripada melakukan segala bentuk amalan bid'ah di dalam agama. Semoga dengan cara ini kita termasuk dalam kelompok umat Nabi yang mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh serta terlepas daripada kelompok yang disebutkan oleh baginda sebagai golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat sebagaimana yang dijelaskan di awal permulaan risalah ini. Mengakhiri perbincangan yang serba ringkas ini, marilah kita merenungi sejenak salah sebuah hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini. Sabdanya:[5] إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ وَلَكِنْ رَضَيَ أَنْ يُطَاعَ فِيْمَا سِوَىْ ذَلِكَ مِمَّا تَحَاقَرُوْنَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَاحْذَرُوا، إِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. Maksudnya:  Sesungguhnya Syaitan telah berputus harapan untuk ia disembah di bumi kamu tetapi ia rela untuk dipatuhi selain itu daripada perkara-perkara yang kamu pandangnya senang daripada amalan-amalan kamu. Oleh itu hendaklah kamu berhati-hati. Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat sama sekali untuk selamanya; iaitu al-Quran dan as-Sunnah Nabi-Nya. Wallahu'alam.  [1]              Hadith riwayat Abu Daud, no. 1097,  at-Tirmidzi, no. 1105, Ibn Majah, no. 1892 dan lain-lain. [2]              Lihat  al-I’tisham karya Imam asy-Syathibi 1/65. [3]              Diriwayatkan oleh al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibn Battah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205. [4]              Riwayat al-Lalaka’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 317. [5]              Hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih. Lihat Shahih at-Targhib wa at-Tarhib 1/36/21.

No comments:

indahnya cinta