nak join diowg ,,follow lah blog nie,,

Saturday, 9 July 2011

HIBURAN YG DIHARUSKAN DAN DIHARAMKAN


  BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....   TAARIF HIBURAN ( AL-LAHWU ) ~ Seperti yang kita maklumkan bahawa hiburan adalah suatu bentuk yang melekakan insan daripada pelbagai aspek ganguan,pemikiran, dan masalah yang boleh menganggu tidur. ia juga disabitkan dengan bermain, berjenaka, bersembang malam dan menyayanyi dan sebagainya...   JENIS-JENIS HIBURAN.... ~ hiburan mempunyai bentuk yang boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita yang menikmatinya...kebaikan berhibur adakalanya menyemai rasa suka untuk beramal kebajikan, juga melatih insan untuk berdikari menghadapi kesukaran.. keburukan berhibur pula, menjurus insan untuk lebih bersikap membuang masa dan memgabaikan tanggungjawab lain..disamping hiburan yang diharuskan adalah untuk menghilangkan insaN DARI masalah duniawi...   HUKUM HIBURAN... ~ jenis pertama: hiburan yang tidak mendatangkan sebarang kesan sama ada baik atau buruk kpada manusia..hukumnya MAKRUH...contohnya berada dalam majlis yang penuh gurauan dan jenaka tidak berfaedah.. ~ jenis kedua: hiburan yang membawa keburukan kepada individu dan masyarakat...hukumnya adalah HARAM...contohnya hiburan yang membawa kpada kelalain untuk solat, bekerja mencari rezki dan tugasa-tugasan lain, juga dapat mendorong kpada berakhlak buruk dalam kehidupan.. sperti yang kita tahu, majlis nyanyian yang disertakan dengan dendangan alat muzik yang diharamkan dan juga mempunyai pelayan atau wanita.. ~ jenis ketiga: hiburan yang membawa kebaikan kpada individu dan masyarakat, hiburan ini DIBENARKAN...seperti perlumbaan, pertandingan memanah dan permainan berfaedah untuk peperangan..   HUKUM PERMAINAN DAN HIBURAN LAIN... ~ permainan yang tidak memerlukan banyak pergerakan seperti catur, dam, terup..ini merupakan permainan yang menggunakan kemahiran dan gaya berfikir, jadi persoalan halal atau makruh ditentukan sejauh mna ia menyebabkan kelalaian pemain.. ~ setiap permainan yang berdasarkan nasib dan yang bisa membantutkan akal fikiran maka hukumnya HARAM... ~ berhibur dengan haiwan seperti menyabung ayam atau lembu. ulama` bersepakat hukumnya HARAM kerana ia meninggalkn kesan negatif ke atas haiwan dan manusia.. ~ pertarungan: apa sahaja yang tidak membahayakan tubuh badan sebaliknya boleh melatih manusia mnjadi kuat dan mahir adalah DIBENARKAN...seperti menggunakan senjata...ini kerana rasulullah sendiri pernah bertarung dengan rukanah dan berjaya mengatasinya.. manakala pertarungan yang membahayakan seperti mampu melukakan, mematahkan tulang dan menghilangkan upaya adalah HARAM...contohnya: gusti, tinju dan lain2..nmun dikecualikan bagi pertarungan yang dilakukan dengan kaedah tertentu yang menjamin tidak berlaku suatu kecelakaan kpada kedua-dua pihak. hukumnya adakalanya DIBENARKAN atau DIGALAKKAN...   HIBURAN YANG MEMBABITKAN PERTARUNGAN... ~ seperti yang dinyatakan sebelumnya, hiburan sperti di atas tadi adalah tidak dibenarkan jika malibatkan wang sama ada kedua pihak atat salah satu pihak, setiap pertaruhan dengan wang dianggap judi.. cuma wujud satu pendapat dikalangan ulama` shafie yang membenarkan pembabitan wang dalam pertarungan yang diharuskan. berdasarkan pendapat ini, Pertarungan ini mengikut hukum pertandingan berlumba dan memanah.. pendapat ini berdasarkan hadis MURSAL yang diriwayatkan abu daud: ` nabi s.a.w bertarung dgn rukanah ketika rukanah masih musyrik dan hadiahnya berupa beberapa ekor kambing `... dan menurut pendapat sahih dalam mazhab, pertaruhan wang tidak dibenarkan dalam semua permainan dan hiburan yg diharuskan sekalipun pertarungan kecuali memanah dAN pertandIngan lumba.. pendalihan berdasarkan abu daud di atas dijawab dlam dua hujahan: 1- hadis tersebut adalah hadis dhaif kerana ia mursal... 2- jika ia diandaikan sahih, peristiwa tersebut berlaku sebelum rukanah memeluk islam. keadaan itu membabitkan hukum berbeza. dalilnya ialh setelah rukanah memeluk islam, nabi s.a,w memulangkan semula kambing2 tersebut kpadanya... wallua`lam....   ~ karangan dari mazhab shafie..... 

No comments:

indahnya cinta