nak join diowg ,,follow lah blog nie,,

Saturday, 9 July 2011

HUDUD dAn KEteGASaN

Pengenalan hukum hudud menurut as-syafie...
    Allah taala meletakkan manusia ditempaat yang amat mulia berbanding makhluk lain.. firman Allah taala: “ dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebih atas makhluk yang telah kami ciptakan.”(al-Isra’:70)
Antara penghormatan yang diberikan kepada manusia ialah Allah melantik manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Firman Allah taala: “dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan tuhan itu dengan berkata): adakah engkau (ya tuhan kami) hendak menjadikan dibumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kaMI sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu daN mensucikan-Mu?? Tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah:30)”
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa daRjat , kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.(Al-An`am:165)
Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi,serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid.(Hud:61)
Penghormatan ini akan hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga dan manusia dipelihara daripada segala perkara yang tidak baik. Namun ini akan dapay dicapai hanya apabila lima keperluan asasi manusia iaotu agama,nyawa,akal,keturunan dan harta dikawal.semua elemen ini adalah keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini. Elemen ini juga penting untuk membantu manusia melaksanakan tugaS yang diamanahkan oleh Allah.
Agama islam didatangkan untuk memelihara semua elemen utama ini disamping mengelak sebarang perkara yang tidak baik. Atas ini menurut para ulama’, islam datang untuk menggarap semua kebaikan dan menghindar semua keburukan. Dengan landasan ini, islam menggariskan pelbagai ungdang-undang.termasuk dalam undang-undang ini adalah hudud dan ta’zir yang akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba menggugat kelima-lima elemen utama tadi. Berikut adalah penjelasan mengenai hudud dan ta’zir.disini di jelaskan sejauh manakah kesungguhan islam dalam menjalankan undang-undang ini agar manusia beroleh kebahagian yang diimpikan.
Kategori hukuman..
-hukuman boleh dibahagikan kepada dua kategori iaotu hudud dan ta’zir.
# takrif hudud : hudud ialah hukuman yang telah ditetapkankadarnya oleh syarak. hukumaN yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau dikurangkan atas nama hudud.
#takrif ta’zir:   ta’zir ialah hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak
. Hukuman ini dilaksanakan berdasarkan pandangan pemerintahan. Kita akan bincangkan tentang ta’zir sebaik sahaja kita selesai membincangkan tentang hudud.
Hukuman hudud:
-hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan dan melibatkan enam jenis jenayah iaitu:zina,tuduhan zina,mencuri,minum minuman memabukkan,merompak (hirabah)dan murtad....
rujukan: mazhab shafie.....

No comments:

indahnya cinta