nak join diowg ,,follow lah blog nie,,
Saturday, 9 July 2011
dunIA sUdah ke penGhuJUngnye
Dunia sudah ke penghujungnya.... ` Rasulullah s.a.w sendiri memberitahu para sahabat baginda, bahawa antara baginda dan hari kiamat itu ibarat dua batang jari yang direnggamkan ` Allah juga berfirman tentang hari kiamat yang semakin tiba: 57. Telah dekat terjadinya hari kiamat.( surah al-najm ) Kepercayaan kepada hari kiamat merupakan suatu kemestian buat kita hamba yang beriman kepada Allah dan rasul-NYA...meskipun kiamat masih dirasai kelambatan nya namun mesti diingat bahawa ia pasti terjadi suatu masa nanti, beberapa alamat kiamat telah dapat kita kenal pasti, seperti berlaku nya maksiat yang berleluasa dan ramai anak-anak yang derhaka..walaupun tanda-tanda besaR kiamat masih belum dirasai, namun ia tetap akan berlaku seperti mana firman Allah dan sabda nabi s.a.w...tanda-tanda besar sperti turunnya nabi isa A.S, turunnya dajjal dan terbitnya matahari dari sebelah barat, Akhirat dianngap dekat lantaran kiamat itu adalah suatu yang pasti berlaku dan wajib diyakini ketibaanya. Masa terus berlalu dan meninggalkan kita, seluruh alam semesta dan manusia dimamah masa. Sedangkan kadang2 kita tidak tersedar tentang hakikat hidup dan masa yang dilalui..setiap perkara yang pasti maka ia dikira dekat atau hamper. Sebagaimana hari tua akan dilaui oleh orang-orang muda, saat mendatang yang terus dekat dengan kita, dan bagi yang berumur panjang akan merasai tuanya.. Selama masih ada manusia di atas muka bumu ini yang sudi mengabdikan diri pada yang Esa, serta mengingatiNya, di samping berlaku beberapa tanda tentangnya, sebaliknya apabila dunia ini dibiarkan kosong tanpa isi, ertinya dunia sudah tiada gunanya..! sudah tidak kedengaran zikrullah dari sang hamba, sudah kebisuan tiada kedengaran alunan ayat suci dan takbir solat..sesungguhnya Allah menjadikan dunia ini sebagai sebuah pentas yang penuh kegunannya, dijadikan ala mini untuk mengabdikan diri, mensyukuri segala nikmatNya..MAKA APAKAH BERGUNA DUNIA TANPA ISI..? tidak perlulah diwujudkan dunia ini jika dipersiakan...! Ibarat pentas lakonan drama, apabila sudah tidak ada pelakon pembawa watak cerita, pentas itu mumgkin memjadi sarang teduh haiwan-haiwan, tidak diperlukan lagi dan hanya tunggu dirobohkan...bagi orang mukmin yang sentiasa mengingati akhirat adalah destinasi yang penuh detik kesukaran dan pasti berlaku huru hara disana, mereka ini akan sentiasa berhati-hati dalam hidupnya, tidaK lalai walau sejenak pun. Dan mereka merasakan seolah-olah kiamat akan terjadi esok hari, dan sebagai persiapan rapi mereka akan sentiasa cemas dan takut...justeru, diisi masa dengan amal kebaikan tanpa jemu..membekalkan bekalan ke akhirat.. Seperti kita maklum, mati itu sendiri adalah kiamat pertama bagi manusia di dunia sebelum merasai kiamat hakiki, kiamat juga diertikan sebagai ` manusia balik ke kampong halaman mereka `. oleh sebab generasi pertama iaitu nabi adam a.s dan isterinya hawa berasal dari syurga, maka kelak manusia akan berkampung di perkampungannya akhirat.walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui sejarah adam dan hawa telah dikeluarkan Allah dari syurga dari kampong halaman mereka ( syurga ) disebabkan kealpaan mereka sehingga terlanjur melampaui batas yang ditetapkn Allah. Maka anak cucu adam yang bakal kembali semula ke kampong halaman mereka akan melalui beberapa syarat yang ditetapkn Allah s.w.t.... Antara syarat yang patut dipatuhi ialah bariman kepada Allah, rasul-Nya, kitabNya, malaikatNya dan juga percaya kpada hari kiamat..segala kepercayaan itu mestilah diikuti dengan amal soleh dan membina ketakwaan yang utuh melalui sunnah rasulullah s.a.w serta jihad..insyaAllah dengan usaha yang sungguh dalam menjadi seorang hamba yang beriman, maka insyaAllah anak cucu adam akan Berjaya ke kampong halamannya iaitu syurga nan indah..sebaliknya bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan untuk pulang, mereka akan kembali dengan penuh azab sengsara yang berpanjangan...apabila manusia tiba di halaman akhirat, semua amanah yang telah dimuatkan di atas bahu kita pasti akan dikembalikan kpada Tuannya, orang yang menjaga amanah dengan sempurna akan juga dapat mengembalikan dengan sempurna, sebaliknya yang tidak memenuhi amanah itu pasti tidak akan Berjaya mengembalikan segala bebanan amanah itu dengan baik, bermakna mereka gagal dalam menunaikan hak Allah taala...sedangkan hari akhirat adalah hari untuk memulangkan segala sesuatu kpada Allah... Akhirnya..marilah kita sama-sama muhasabah diri agar tergolong dalam golongan yang bersedia menghadapi kematian, dengan berbekalkan amal ibadat yang sempurna dan kukuh...insyaAllah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment