nak join diowg ,,follow lah blog nie,,

Saturday, 9 July 2011

meNgapA kiTA jAuh dAri RahmaT ALLAH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...KU MULAKAN TINTA RINGKAS TAPI PENUH PERINGATAN BUAT KITA SEMUA, SEBAGAI HAMBA YANG SENTIASA MENCARI SINAR HIDAYAH DAN PETUNJUK DARINYA....   SISIPAN RENUNGAN,.. ~ Jika kita berada dalam hutan kompas amat penting bagi memastikan kita tidak tersesat. dalam kehidupan seharian, hidayah ibarat kompas yang memandu kehidupan manusia. tanpa hidayah kembara manusia di muka bumi akan sesat tanpa arah tujuan. apabila manusia hilang arah di dunia maka kebinasaanlah akan menanti mereka di alam akhirat. orang yang mendapat hidayah hidupnya ibarat rumah yang di terangi lampu, segenap pelusuk rumah itu terang benderang. begitu juga manusia, hati mereka akan tenang dan damai, malahan berasa mudah untuk melakukan ibadat dan amal kebaikan...namun juga, masih ramai insan yang masih hanyut dan leka dengan duniannya, masih menjadikan maksiat sebagai hobi harian..nauzubillah..adakah mereka ini semakin jauh dari hidayah Allah..?   USAH MENANTI SYURGA DI PINTU NERAKA.. ~ hidayah perlu dicari dan diusahakan..dengan cara berdoa kepada Allah..insyaAllah kita pasti dapat mengengam hidayah Allah... kehidupan kita pada hari ini merupakan suatu dugaan dan ujian yang mungkin mematah dan memguatkan iman kita..dunia hanya sebagai hiburan dan permainan yang tiada akhirannya, sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenar-benar nya dan tiada kesudahan..bagi mereka mengenal tentang dunia yang hanya sementara ini, persiapan dan bekalan lah yang menjadi amalannya,.melihat kepada fenomena hari ini, terdapat 1001 ragam manusia, baik yang muda remaja atau yang tua..ada yang tetap berperangai sama sehingga ajal menjemput..tetapi ada juga yang sempat berubah kerana peredaran usia dan pintu hidayah Allah buatnya...sememangnya sudah menjadi fitrah insan untuk mencari kebenaran setelah sampai masanya, meskipun seburuk-buruk dan sehina-hina golongan..dari sudut jauh kita mampu mengelarkan seseorang itu dengan ` setan ` atas perbuatan dan amalnya, malah siapa tahu selepas itu mereka kembali ke pangkal jalan..itulah fitrah. percayalah, selagi Allah menyayangi dan mengingati diri hambaNya, tiada seorang pun yang tidak pernah menyesali akan segala dosa-dosanya di dunia..beruntung lah kita jika berada diperingkat sufi ini, dan setiap yang merasainya pasti akan dirundung sifat ingin berubah..berubah ke arah yang diredhai tuhannya...keinginan murni ini akan didorong untuk mencari sinar hidayah dari Allah..dengan kehendak yang maha Esa, hati yang sebelum ini penuh titik-titik hitam dan dosa noda akan disinari cahaya rahmat dari Tuhan...sebagaimana firman Allah: `Allah menunjuki sesiapa yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu, Allah menunjukkn beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu `.....tatkala hati menyesali segala dosa, janganlah berputus asa dengan Allah..sesungguhnya Dia maha pengampun serta maha pengasih..carilah rahmat dan sinar hidayah dariNya..pasti kita temui..insyaAllah..setiap penyesalan itulah adalah tanda-tanda hidayah tuhannya, bersyukurlah atas nikmat ini...dengan dosa yang kita sedari itu mampu mendekatkan diri pada yang Satu... kebiasaan dari kita, apabila didatangi dan dirundung ujian barulah mulai untuk berubah dan mengingati Allah, kita bernasib baik jika diberi kesempatan untuk bertaubat dan kembali, tapi cuba bayangkan jika diri kita tidak sempat berbuat demikian..? siapakah yang dapat menebus dosa-dosa kita itu..? nauzubillahi min zalik...   BENTUK-BENTUK HIDAYAH... ~ hidayah naluri (keinginan) ini merupakan hidayah semulajadi sejak azali lagi.. ~ hidayah pancaindera.. ~ hidayah dalam bentuk akal fikiran.. ~ hidayah agama..hidayah yang mampu menyelamatkan diri kita dari kesesatan dengan beriman kepada Allah.. ~ hidayah taufik..merupakan tahap hidayah yang tertinggi dari Allah kepada hambanya yang dikasihi.hidayah itu haruslah dijaga kerana nilainya tidak dapat ditukar dengan suatu apa pun..   BAGAIMANA HIDAYAH DITURUNKAN..?? ~ hidayah diturunkan dalam dua cara iaitu: 1. hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah atau sesiapa sahaja..contohnya hidayah yang diturunkan melalui nabi muhammad s.a.w...namun hidayah taufik tidak mampu diberikan oleh insan biasa tetapi hanya Allah yang berkuasa. ia tiada juga pada nabi muhammad s.a.w..sebagaimana firman Allah: ` sesungguhnya engkau ( ya muhammad ) tidak dapat memberi hidayah atau petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki `...   biarpun hidayah itu adalah pemberian dari Allah, tidak bermakna kita hanya berserah diri tanpa usaha yang semaksimum mungkin... hidayah perlu dicari dan diusahakan dengan bermohon kepada Allah dan disertai rasa keikhlasan dan amal kebaikan..insyaAllah kita pasti akan diberikan hidayah... wallhua`lam...

No comments:

indahnya cinta