nak join diowg ,,follow lah blog nie,,
Saturday, 9 July 2011
umat muhammad saw tercicir
UMAT NABI YANG TERCICIR PADA HARI KIAMAT Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah radhiallahu’anhu bahawa dia berkata: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ: السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَاحِقُونَ، وَدِدْتُ أَنِّي قَدْ رَأَيْناَ إِخْوَانَنَا، قَالُوا: أَوَلَسْنا إِخْوَانِكَ يَارَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: أَنْتُمْ أَصْحَابِي وَإِخْوَانُنَا الَّذِينَ لَمْ يَأْتُوا بَعْدُ، فَقَالُوا: كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ بَعْدُ مِنْ أُمَّتِكَ يَارَسُولَ اللهِ؟ فَقَالَ: أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلً لَهُ خَيْلٌ غُرٌّ مُحَجَّلَةٌ بَيْنَ ظَهْرَيْ خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ، أَلَا يَعْرِفُ خَيْلَهُ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: فَإِنَّهُمْ يَأْتُونَ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنَ الْوُضُوءِ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ،أَلاَ لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ، أَلَا هَلُمَّ، فَيُقالُ: إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ، فَأَقُولُ: سُحْقًا سُحْقًا. Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah pergi ke kawasan perkuburan lalu baginda bersabda: Salam sejahtera ke atas kamu wahai perkampungan orang-orang beriman. Kita akan menyusul bersama kamu, Insya'Allah. Aku sangat gembira sekiranya kita dapat melihat saudara-saudara kita. Para sahabat bertanya: Bukankah kami semua saudaramu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Baginda menjawab: Kamu semua adalah sahabat aku sementara saudara-saudara kita ialah mereka yang belum dilahirkan (iaitu mereka yang akan datang di kemudian hari). Para sahabat bertanya lagi: Bagaimanakah kamu dapat mengenali mereka yang belum dilahirkan dari kalangan umatmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Apakah pendapat kamu sekiranya seorang lelaki memiliki seekor kuda yang berbuluh putih di dahi dan di kakinya, lalu kuda itu berada di tengah-tengah kelompok kuda berwarna hitam, bukankah dia akan mengenali kudanya itu? Para sahabat menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah. Baginda shalallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi: Maka mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana bekas wudhuk. Aku mendahului mereka ke telaga (al-Haudh). Ingatlah! Ada golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat. Aku memanggil mereka: Ke marilah kamu semua. Maka dikatakan (kepadaku) bahawa mereka telah menukar ajaranmu (melakukan bid’ah) selepas engkau wafat. Maka aku katakan (kepada mereka): Pergilah jauh-jauh dari sini.. Dalam lafaz yang lain disebut: إِنَّكَ لاَتَدْرِيْ مَا أَحْدَثُوْا بَعْدَكَ... Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan (dalam agama ini) setelah (kewafatan) engkau ... [1] Hadith yang mulia di atas memaparkan perkhabaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai suasana yang bakal berlaku pada hari kiamat kelak. Dalam hadith ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan kepada kita umatnya, bahawa pada hari tersebut umat Islam akan terpecah kepada dua golongan, iaitu yang pertama ialah mereka yang berjaya mendatangi telaga al-Haudh[2] sementara golongan yang kedua ialah mereka yang dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendatangi telaga tersebut. Di kalangan para pembaca, mungkin ada ketika ini yang sedang tertanya-tanya, siapakah golongan kedua yang dimaksudkan dalam hadith di atas dan apakah faktor yang menyebabkan mereka dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam daripada mendatangi telaga al-Haudhnya pada hari kiamat kelak? Bagi merungkai persoalan ini, ikutilah huraian selanjutnya. ¯ Siapakah golongan yang tercicir itu? Jika diperhatikan matn (teks) hadith di atas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebut bahawa ... mereka datang dalam keadaan muka dan kaki mereka bercahaya kerana bekas wudhuk.. Kenyataan baginda shallallahu ‘alaihi wasallam ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa mereka semua adalah kelompok umatnya yang terdiri daripada golongan ahli ibadah. Namun, apa yang memeranjatkan kita ialah dalam hadith tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga turut menyatakan bahawa ... Ada golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat... Berdasarkan kepada pernyataan ini, dapat difahami bahawa dalam kalangan "orang-orang yang beribadah" tersebut akan ada satu kelompok dari mereka yang akan dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Di sini timbul satu persoalan, siapakah kelompok yang dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut dan mengapakah mereka dihalau oleh baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, padahal mereka ialah umat baginda shallallahu ‘alaihi wasallam serta merupakan golongan yang tekun di dalam beribadah? Terhadap persoalan di atas, ia dapat dijawab dengan merujuk kepada matn (teks) hadith itu sendiri, dimana dalam hadith tersebut sedia dijelaskan bahawa ... mereka telah menukar ajaranmu (melakukan bid’ah) selepas engkau wafat ... Berdasarkan penjelasan ini, tidak syak bagi kita bahawa mereka ialah golongan ahli ibadah yang gemar melakukan amalan-amalan yang bid'ah (perkara baru) di dalam agama. Hal ini bukanlah suatu yang menghairankan kita kerana sedia difahami bahawa Islam amat melarang keras umatnya daripada mengadakan sesuatu di dalam urusan agama ini apa yang tidak pernah disyariatkan oleh Allah dan Rasul-Nya, Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Ini sebagaimana jelas hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan pernyataan daripada para tokoh al-Salaf al-Shalih yang mencela setiap bid’ah di dalam agama kerana setiap bid’ah itu adalah sebuah kesesatan di sisi ajaran Islam.[3] Perhatikan hadith-hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berikut:[4] فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ، تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ، فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat. Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain:[5] فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَخَيْرَ الْحَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ. Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata: [6] من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكمَلت لَكم دِينَكم) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا. Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam dan menganggapnya sebagai hasanah (baik) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Dengan demikian, apa yang pada hari tersebut bukan merupakan (ajaran) agama, maka ia (juga) tidak menjadi (sebagai daripada ajaran) agama pada hari ini. Abdullah bin ‘Umar radhiallahu‘anhu pula berkata:[7] كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة. Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik). Sementara itu, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:[8] أصول السنة عندنا: التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والإقتداء بهم وترك البدع وكل بدعة فهي ضلالة. Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar hendaklah mereka sentiasa memerhatikan setiap amal ibadah yang mereka kerjakan selama ini. Adakah ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi al-Sunnahnya yang sahih atau sebaliknya (bid’ah). Hal ini perlu dicermati oleh semua pihak memandangkan ia melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh itu atau pun termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan Rasul-Nya sehingga dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda. Janganlah kerana kita termasuk dalam golongan "ahli ibadah" kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang akan atau telah kita lakukan selama ini. Hendaklah kita sedar bahawa dengan hanya beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Juga dengan beribadah sahaja, ia belum tentu akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di hadapan Mahkamah Allah kelak, andaikata ibadah yang kita lakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang menjauhi petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha berittiba' (mengikuti) al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan menjauhi diri daripada melakukan segala bentuk amalan bid'ah di dalam agama. Semoga dengan cara ini kita termasuk dalam kelompok umat Nabi yang mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh serta terlepas daripada kelompok yang disebutkan oleh baginda sebagai golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat sebagaimana yang dijelaskan di awal permulaan risalah ini. Mengakhiri perbincangan yang serba ringkas ini, marilah kita merenungi sejenak salah sebuah hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini. Sabdanya:[9] إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ وَلَكِنْ رَضَيَ أَنْ يُطَاعَ فِيْمَا سِوَىْ ذَلِكَ مِمَّا تَحَاقَرُوْنَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَاحْذَرُوا، إِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan telah berputus harapan untuk ia disembah di bumi kamu tetapi ia rela untuk dipatuhi selain itu daripada perkara-perkara yang kamu pandangnya senang daripada amalan-amalan kamu. Oleh itu hendaklah kamu berhati-hati. Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat sama sekali untuk selamanya; iaitu al-Quran dan as-Sunnah Nabi-Nya. Wallahu'alam. [1] Hadith riwayat al-Bukhari, no. 6584 dan Muslim, no. 2291. [2] Telaga al-Haudh ialah sebuah telaga yang diperuntukan khas bagi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada Hari Kiamat kelak. Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda ketika menjelaskan sifat-sifat telaga al-Haudh: حوضي مسيرة شهر ماؤه أبيض من اللبن وريحه أطيب من المسك وكيزانه كنجوم السماء من شرب منها فلا يظمأ أبدا. Telagaku seluas perjalanan sebulan (perjalanan). Warna airnya lebih putih daripada susu, aromanya lebih harum daripada minyak kasturi dan bejananya sejumlah bintang-bintang di langit. Sesiapa yang meminum darinya, maka tidak akan dahaga selamanya. – Hadith riwayat al-Bukhari, no. 6579 dan Muslim, no. 2292. [3] Dengan penjelasan ini, maka terbatallah pandangan sesetengah pihak yang mendukung konsep bid’ah yang hasanah dalam agama. Sabdanya lagi dalam riwayat yang lain:[1] فَإِنَّ أَصْدَقَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَخَيْرَ الْحَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ. Sesungguhnya perkataan yang paling benar adalah kitabullah (al-Qur’an). Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam. Sedangkan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam urusan agama) dan semua yang diada-adakan adalah bid’ah. Semua yang bid’ah adalah sesat dan semua yang sesat tempat kembalinya adalah neraka. Imam Malik bin Anas rahimahullah (179H) berkata: [2] من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة، فقد زعم أن محمدا صلى الله عليه وسلم خان الرسالة، لأن الله يقول: (اليَومَ أكمَلت لَكم دِينَكم) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا. Sesiapa yang membuat bid’ah (perkara baru) dalam Islam dan menganggapnya sebagai hasanah (baik) maka dia telah mendakwa Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam mengkhianati risalah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman: Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu. Dengan demikian, apa yang pada hari tersebut bukan merupakan (ajaran) agama, maka ia (juga) tidak menjadi (sebagai daripada ajaran) agama pada hari ini. Abdullah bin ‘Umar radhiallahu‘anhu pula berkata:[3] كلُّ بدعة ضلالة وإن رآها النا س حسنة. Semua bid’ah adalah sesat, walaupun manusia menganggapnya hasanah (baik). Sementara itu, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:[4] أصول السنة عندنا: التمسك بما كان عليه أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم والإقتداء بهم وترك البدع وكل بدعة فهي ضلالة. Pokok Sunnah menurut kami (Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah) adalah berpegang teguh kepada apa yang dilakukan oleh para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengikuti mereka serta meninggalkan bid’ah. Segala bid’ah itu adalah sesat. Atas kesedaran ini, ingin penulis mengambil kesempatan untuk memperingati kaum Muslimin dan Muslimat agar hendaklah mereka sentiasa memerhatikan setiap amal ibadah yang mereka kerjakan selama ini. Adakah ia adalah sesuatu yang benar-benar berasal daripada tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menerusi al-Sunnahnya yang sahih atau sebaliknya (bid’ah). Hal ini perlu dicermati oleh semua pihak memandangkan ia melibatkan status kita di akhirat kelak, apakah kita termasuk dalam golongan yang selamat dan mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh itu atau pun termasuk dalam kalangan mereka yang mendapat kemurkaan Allah dan Rasul-Nya sehingga dihalau daripada mendatangi telaga al-Haudh baginda. Janganlah kerana kita termasuk dalam golongan "ahli ibadah" kita mengambil sikap sambil lewa, lantas cuai dan leka di dalam memerhatikan kesahihan amalan yang akan atau telah kita lakukan selama ini. Hendaklah kita sedar bahawa dengan hanya beribadah sahaja tidak akan mampu menyelamatkan kita dari menerima azab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Juga dengan beribadah sahaja, ia belum tentu akan dapat menjanjikan pembelaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di hadapan Mahkamah Allah kelak, andaikata ibadah yang kita lakukan itu termasuk dalam amalan-amalan yang menjauhi petunjuk al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Justeru, marilah kita bersama-sama berusaha berittiba' (mengikuti) al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih dan menjauhi diri daripada melakukan segala bentuk amalan bid'ah di dalam agama. Semoga dengan cara ini kita termasuk dalam kelompok umat Nabi yang mendapat kemuliaan mendatangi telaga al-Haudh serta terlepas daripada kelompok yang disebutkan oleh baginda sebagai golongan lelaki yang dihalangi untuk datang ke telagaku seperti dihalaunya unta-unta sesat sebagaimana yang dijelaskan di awal permulaan risalah ini. Mengakhiri perbincangan yang serba ringkas ini, marilah kita merenungi sejenak salah sebuah hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di bawah ini. Sabdanya:[5] إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَئِسَ أَنْ يُعْبَدَ بِأَرْضِكُمْ وَلَكِنْ رَضَيَ أَنْ يُطَاعَ فِيْمَا سِوَىْ ذَلِكَ مِمَّا تَحَاقَرُوْنَ مِنْ أَعْمَالِكُمْ، فَاحْذَرُوا، إِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُ فِيْكُمْ مَا إِنِ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ فَلَنْ تَضِلُّوْا أَبَدًا، كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. Maksudnya: Sesungguhnya Syaitan telah berputus harapan untuk ia disembah di bumi kamu tetapi ia rela untuk dipatuhi selain itu daripada perkara-perkara yang kamu pandangnya senang daripada amalan-amalan kamu. Oleh itu hendaklah kamu berhati-hati. Sesungguhnya aku telah meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang kepadanya maka kamu tidak akan sesat sama sekali untuk selamanya; iaitu al-Quran dan as-Sunnah Nabi-Nya. Wallahu'alam. [1] Hadith riwayat Abu Daud, no. 1097, at-Tirmidzi, no. 1105, Ibn Majah, no. 1892 dan lain-lain. [2] Lihat al-I’tisham karya Imam asy-Syathibi 1/65. [3] Diriwayatkan oleh al-Lalaka’i, 1/104 dan Ibn Battah dalam al-Ibanah 1/339, no. 205. [4] Riwayat al-Lalaka’i dalam Syarh Ushul I’tiqad Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, no. 317. [5] Hadis riwayat al-Hakim dengan sanad yang sahih. Lihat Shahih at-Targhib wa at-Tarhib 1/36/21.
dunIA sUdah ke penGhuJUngnye
Dunia sudah ke penghujungnya.... ` Rasulullah s.a.w sendiri memberitahu para sahabat baginda, bahawa antara baginda dan hari kiamat itu ibarat dua batang jari yang direnggamkan ` Allah juga berfirman tentang hari kiamat yang semakin tiba: 57. Telah dekat terjadinya hari kiamat.( surah al-najm ) Kepercayaan kepada hari kiamat merupakan suatu kemestian buat kita hamba yang beriman kepada Allah dan rasul-NYA...meskipun kiamat masih dirasai kelambatan nya namun mesti diingat bahawa ia pasti terjadi suatu masa nanti, beberapa alamat kiamat telah dapat kita kenal pasti, seperti berlaku nya maksiat yang berleluasa dan ramai anak-anak yang derhaka..walaupun tanda-tanda besaR kiamat masih belum dirasai, namun ia tetap akan berlaku seperti mana firman Allah dan sabda nabi s.a.w...tanda-tanda besar sperti turunnya nabi isa A.S, turunnya dajjal dan terbitnya matahari dari sebelah barat, Akhirat dianngap dekat lantaran kiamat itu adalah suatu yang pasti berlaku dan wajib diyakini ketibaanya. Masa terus berlalu dan meninggalkan kita, seluruh alam semesta dan manusia dimamah masa. Sedangkan kadang2 kita tidak tersedar tentang hakikat hidup dan masa yang dilalui..setiap perkara yang pasti maka ia dikira dekat atau hamper. Sebagaimana hari tua akan dilaui oleh orang-orang muda, saat mendatang yang terus dekat dengan kita, dan bagi yang berumur panjang akan merasai tuanya.. Selama masih ada manusia di atas muka bumu ini yang sudi mengabdikan diri pada yang Esa, serta mengingatiNya, di samping berlaku beberapa tanda tentangnya, sebaliknya apabila dunia ini dibiarkan kosong tanpa isi, ertinya dunia sudah tiada gunanya..! sudah tidak kedengaran zikrullah dari sang hamba, sudah kebisuan tiada kedengaran alunan ayat suci dan takbir solat..sesungguhnya Allah menjadikan dunia ini sebagai sebuah pentas yang penuh kegunannya, dijadikan ala mini untuk mengabdikan diri, mensyukuri segala nikmatNya..MAKA APAKAH BERGUNA DUNIA TANPA ISI..? tidak perlulah diwujudkan dunia ini jika dipersiakan...! Ibarat pentas lakonan drama, apabila sudah tidak ada pelakon pembawa watak cerita, pentas itu mumgkin memjadi sarang teduh haiwan-haiwan, tidak diperlukan lagi dan hanya tunggu dirobohkan...bagi orang mukmin yang sentiasa mengingati akhirat adalah destinasi yang penuh detik kesukaran dan pasti berlaku huru hara disana, mereka ini akan sentiasa berhati-hati dalam hidupnya, tidaK lalai walau sejenak pun. Dan mereka merasakan seolah-olah kiamat akan terjadi esok hari, dan sebagai persiapan rapi mereka akan sentiasa cemas dan takut...justeru, diisi masa dengan amal kebaikan tanpa jemu..membekalkan bekalan ke akhirat.. Seperti kita maklum, mati itu sendiri adalah kiamat pertama bagi manusia di dunia sebelum merasai kiamat hakiki, kiamat juga diertikan sebagai ` manusia balik ke kampong halaman mereka `. oleh sebab generasi pertama iaitu nabi adam a.s dan isterinya hawa berasal dari syurga, maka kelak manusia akan berkampung di perkampungannya akhirat.walau bagaimanapun, seperti yang kita ketahui sejarah adam dan hawa telah dikeluarkan Allah dari syurga dari kampong halaman mereka ( syurga ) disebabkan kealpaan mereka sehingga terlanjur melampaui batas yang ditetapkn Allah. Maka anak cucu adam yang bakal kembali semula ke kampong halaman mereka akan melalui beberapa syarat yang ditetapkn Allah s.w.t.... Antara syarat yang patut dipatuhi ialah bariman kepada Allah, rasul-Nya, kitabNya, malaikatNya dan juga percaya kpada hari kiamat..segala kepercayaan itu mestilah diikuti dengan amal soleh dan membina ketakwaan yang utuh melalui sunnah rasulullah s.a.w serta jihad..insyaAllah dengan usaha yang sungguh dalam menjadi seorang hamba yang beriman, maka insyaAllah anak cucu adam akan Berjaya ke kampong halamannya iaitu syurga nan indah..sebaliknya bagi orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan untuk pulang, mereka akan kembali dengan penuh azab sengsara yang berpanjangan...apabila manusia tiba di halaman akhirat, semua amanah yang telah dimuatkan di atas bahu kita pasti akan dikembalikan kpada Tuannya, orang yang menjaga amanah dengan sempurna akan juga dapat mengembalikan dengan sempurna, sebaliknya yang tidak memenuhi amanah itu pasti tidak akan Berjaya mengembalikan segala bebanan amanah itu dengan baik, bermakna mereka gagal dalam menunaikan hak Allah taala...sedangkan hari akhirat adalah hari untuk memulangkan segala sesuatu kpada Allah... Akhirnya..marilah kita sama-sama muhasabah diri agar tergolong dalam golongan yang bersedia menghadapi kematian, dengan berbekalkan amal ibadat yang sempurna dan kukuh...insyaAllah....
meNgapA kiTA jAuh dAri RahmaT ALLAH
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...KU MULAKAN TINTA RINGKAS TAPI PENUH PERINGATAN BUAT KITA SEMUA, SEBAGAI HAMBA YANG SENTIASA MENCARI SINAR HIDAYAH DAN PETUNJUK DARINYA.... SISIPAN RENUNGAN,.. ~ Jika kita berada dalam hutan kompas amat penting bagi memastikan kita tidak tersesat. dalam kehidupan seharian, hidayah ibarat kompas yang memandu kehidupan manusia. tanpa hidayah kembara manusia di muka bumi akan sesat tanpa arah tujuan. apabila manusia hilang arah di dunia maka kebinasaanlah akan menanti mereka di alam akhirat. orang yang mendapat hidayah hidupnya ibarat rumah yang di terangi lampu, segenap pelusuk rumah itu terang benderang. begitu juga manusia, hati mereka akan tenang dan damai, malahan berasa mudah untuk melakukan ibadat dan amal kebaikan...namun juga, masih ramai insan yang masih hanyut dan leka dengan duniannya, masih menjadikan maksiat sebagai hobi harian..nauzubillah..adakah mereka ini semakin jauh dari hidayah Allah..? USAH MENANTI SYURGA DI PINTU NERAKA.. ~ hidayah perlu dicari dan diusahakan..dengan cara berdoa kepada Allah..insyaAllah kita pasti dapat mengengam hidayah Allah... kehidupan kita pada hari ini merupakan suatu dugaan dan ujian yang mungkin mematah dan memguatkan iman kita..dunia hanya sebagai hiburan dan permainan yang tiada akhirannya, sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenar-benar nya dan tiada kesudahan..bagi mereka mengenal tentang dunia yang hanya sementara ini, persiapan dan bekalan lah yang menjadi amalannya,.melihat kepada fenomena hari ini, terdapat 1001 ragam manusia, baik yang muda remaja atau yang tua..ada yang tetap berperangai sama sehingga ajal menjemput..tetapi ada juga yang sempat berubah kerana peredaran usia dan pintu hidayah Allah buatnya...sememangnya sudah menjadi fitrah insan untuk mencari kebenaran setelah sampai masanya, meskipun seburuk-buruk dan sehina-hina golongan..dari sudut jauh kita mampu mengelarkan seseorang itu dengan ` setan ` atas perbuatan dan amalnya, malah siapa tahu selepas itu mereka kembali ke pangkal jalan..itulah fitrah. percayalah, selagi Allah menyayangi dan mengingati diri hambaNya, tiada seorang pun yang tidak pernah menyesali akan segala dosa-dosanya di dunia..beruntung lah kita jika berada diperingkat sufi ini, dan setiap yang merasainya pasti akan dirundung sifat ingin berubah..berubah ke arah yang diredhai tuhannya...keinginan murni ini akan didorong untuk mencari sinar hidayah dari Allah..dengan kehendak yang maha Esa, hati yang sebelum ini penuh titik-titik hitam dan dosa noda akan disinari cahaya rahmat dari Tuhan...sebagaimana firman Allah: `Allah menunjuki sesiapa yang dikehendakiNya kepada cahayaNya itu, Allah menunjukkn beberapa contoh untuk manusia. Allah mengetahui setiap sesuatu `.....tatkala hati menyesali segala dosa, janganlah berputus asa dengan Allah..sesungguhnya Dia maha pengampun serta maha pengasih..carilah rahmat dan sinar hidayah dariNya..pasti kita temui..insyaAllah..setiap penyesalan itulah adalah tanda-tanda hidayah tuhannya, bersyukurlah atas nikmat ini...dengan dosa yang kita sedari itu mampu mendekatkan diri pada yang Satu... kebiasaan dari kita, apabila didatangi dan dirundung ujian barulah mulai untuk berubah dan mengingati Allah, kita bernasib baik jika diberi kesempatan untuk bertaubat dan kembali, tapi cuba bayangkan jika diri kita tidak sempat berbuat demikian..? siapakah yang dapat menebus dosa-dosa kita itu..? nauzubillahi min zalik... BENTUK-BENTUK HIDAYAH... ~ hidayah naluri (keinginan) ini merupakan hidayah semulajadi sejak azali lagi.. ~ hidayah pancaindera.. ~ hidayah dalam bentuk akal fikiran.. ~ hidayah agama..hidayah yang mampu menyelamatkan diri kita dari kesesatan dengan beriman kepada Allah.. ~ hidayah taufik..merupakan tahap hidayah yang tertinggi dari Allah kepada hambanya yang dikasihi.hidayah itu haruslah dijaga kerana nilainya tidak dapat ditukar dengan suatu apa pun.. BAGAIMANA HIDAYAH DITURUNKAN..?? ~ hidayah diturunkan dalam dua cara iaitu: 1. hidayah pemberian makhluk sama ada dari kalangan para nabi, pendakwah atau sesiapa sahaja..contohnya hidayah yang diturunkan melalui nabi muhammad s.a.w...namun hidayah taufik tidak mampu diberikan oleh insan biasa tetapi hanya Allah yang berkuasa. ia tiada juga pada nabi muhammad s.a.w..sebagaimana firman Allah: ` sesungguhnya engkau ( ya muhammad ) tidak dapat memberi hidayah atau petunjuk kepada orang yang engkau cintai, akan tetapi Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki `... biarpun hidayah itu adalah pemberian dari Allah, tidak bermakna kita hanya berserah diri tanpa usaha yang semaksimum mungkin... hidayah perlu dicari dan diusahakan dengan bermohon kepada Allah dan disertai rasa keikhlasan dan amal kebaikan..insyaAllah kita pasti akan diberikan hidayah... wallhua`lam...
sEtanGki cIntA iLlaHi
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... PEMBUKA RENCANA BUAT PENGISIAN JIWA YANG SENTIASA SUNYI DARI SURATAN `CINTA DAN KASIH` ILAHI...DUA KALIMAH PENUH NILAI YANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN KERANA SEBATI DENGAN FITRAH INSANI..SEJAUH MANA RASA CINTA DAN KASIH ITU HARUSLAH DIBUKTIKAN DENGAN SEBERAPA KUAT DAN KUKUHNYA KITA DALAM MEMPERAKUKANNYA...CINTA DATANGNYA DARI YANG MAHA ESA UNTUK DIPERTONTONKAN NILAINYA,CINTA KITA KEPADA ALLAH TANDA RASA PENGHARGAAN DAN KESYUKURAN PADANYA, BEGITU JUGA BUAT ORANG YANG KITA CINTAI DAN SAYANGI.. CINTA BAGI KITA ADALAH SATU KEKUATAN DAN KEYAKINAN UNTUK TERUS BERTAHAN DALAM MEMBELI RASA BAHAGIA...DEMI RASA CINTA, KITA SANGGUP PERJUANGKAN SEGALA SESUATU..TANPA CINTA KITA MUNGKIN DERITA..KERANA CINTA ITU FITRAH ALLAH..!! SEJAUH MANA CINTA KITA.... ~ renungan sejenak kisah cinta yang berlaku diantara nabi yusuf a.s dan siti zulaikha, akhirnya berjaya membentangkan lembaran islam yang cukup indah.. bagaimana pula tentang kisah cinta antra shah jehan dan mumtaz mahal, berakhir jua dengan terbangunnya bangunan nan megah iatu taj mahal... dan apakah hakikatnya kisah cinta antara teruna dan dara, apakah akhirnya termeterai dengan ikatan suci atau sebaliknya...ternyata kisah sebuah percintaan hanya manpu mencipta 1001 kemanisan mahupun kepahitan, keduanya adalah hasil dari bagaimana kita mengoreksinya.. sehebat dan sekuat mana kita mempertahankan rasa cinta maka itulah usaha kita untuk sebuah percintaan, cinta benar atau palsu...itulah persoalannya... Cinta Kepada Allah nan Abadi... ~ sebagai mana kita sanggup mempertahankan rasa cinta kita kepada orang yang kita sayangi, begitu jugakah perlakuan kita untuk cinta kita kepada Allah..?? mungkinkah sedalam itu sebagai hamba yang sentiasa meminta dan mencari teduh cinta tuhan seharusnya kita berusaha semaksima mungkin untuk mengaut cintanya..biar diri terasa susah dan perit didunia asalkan kita mendapat naungan bahagia diakhirat nanti... ~ cinta kepada Allah mengajar kita untuk menghArgai dan mensyukuri segaLa nikmat2 nya..cinta sejati kepada Allah juga mampu mengurniakan kita rasa keikhlasan dan sifat kehambaan dan akhir sekali membawa kita merasa kepada kerendaHan hati kepadaNya.. ingat! apa pun yang kita kejar dan cAri,jangan lupa untuk mengejar dan mengaut cinta Tuhan..insyallah hati dan jiwa kita akN merasai kemanisan iman dan ketulenan cinta hakiki.. ~Firman Allah: "katakanlah muhammad kalau kamu mencintai Allah, ikutil;ah aku nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa2mu.." Cinta Kerana Allah.. ~ sebaiknya kita mengikuti kisah cinta naBi sulaimandengan ratu balqis...akhirnya kisah cinta mereka diakhiri dengan perkahwinan Allah dan untuk agamanya.. sebagaimana rabi'ah binti ismail al adawiyah seoranh wanita sufi yang terkenal dalam sejarah islam,dilahirkan dalam keluarga miskin namun kaya dengan iman dan takwa kepada Allah..disaAt hidupnya dibelenggu pelbagai gaya hidup bebas dan perlumbaan mencari kejayaan..namu rabi'ah dan keluarganya tetap mengabdikan diri kepada Allah,siang dan malam rabi'ah bermunajat kepada Allah... mengabdikan diri buat tuhannya.. CINTA KEPADA ALLAH SUMBER KEBAHAGIAAN.. ~ semua orang inginkan kebahagiaan dan kesenangan dalam hidupnya hatta sanggup melakukan apa sahaja..bagaimana untuk meraih rasa cinta kepada Allah yang akan mempatrikan kebahagian buat kita.. antaranya: 1) iman dan beramal soleh..firman Allah: "siapa sahaja yang beramal kebajikan baik lelaki2 mahupun perempuan sedangkan dia beriman maka aku akan hidupkan mereka dalam kehidupan yang baik.." firman dalam surah(al-maidah: siapa sahaja beriman kepada Allah dan hari akhiraT serta beramal soleh mereka tidak pernah takut dan tidak pernah bersedih..) 2) beriman kepada qada' daN qadar Allah.. 3)yakin dengan pertoLongan Allah. 4) banyakkan berzikir dan membaca al-quran.. 5) berbuat baik kepada manusia.. 6)tidak tamak dunia dan ingat mati.. 7)memandng urusan dunia lebih rendah dari akhirat.. 8) rindu kepada akhirat.. 9) bersahabat dengan orang soleh.. 10) gemar memaafkan.. 11) menolak keburukan dengan kebaikan.. ~ seLAmaT BEraMAl ~
HUDUD dAn KEteGASaN
Pengenalan hukum hudud menurut as-syafie...
Allah taala meletakkan manusia ditempaat yang amat mulia berbanding makhluk lain.. firman Allah taala: “ dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebih atas makhluk yang telah kami ciptakan.”(al-Isra’:70)
Antara penghormatan yang diberikan kepada manusia ialah Allah melantik manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Firman Allah taala: “dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan tuhan itu dengan berkata): adakah engkau (ya tuhan kami) hendak menjadikan dibumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kaMI sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu daN mensucikan-Mu?? Tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah:30)”
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa daRjat , kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.(Al-An`am:165)
Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi,serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid.(Hud:61)
Penghormatan ini akan hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga dan manusia dipelihara daripada segala perkara yang tidak baik. Namun ini akan dapay dicapai hanya apabila lima keperluan asasi manusia iaotu agama,nyawa,akal,keturunan dan harta dikawal.semua elemen ini adalah keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini. Elemen ini juga penting untuk membantu manusia melaksanakan tugaS yang diamanahkan oleh Allah.
Agama islam didatangkan untuk memelihara semua elemen utama ini disamping mengelak sebarang perkara yang tidak baik. Atas ini menurut para ulama’, islam datang untuk menggarap semua kebaikan dan menghindar semua keburukan. Dengan landasan ini, islam menggariskan pelbagai ungdang-undang.termasuk dalam undang-undang ini adalah hudud dan ta’zir yang akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba menggugat kelima-lima elemen utama tadi. Berikut adalah penjelasan mengenai hudud dan ta’zir.disini di jelaskan sejauh manakah kesungguhan islam dalam menjalankan undang-undang ini agar manusia beroleh kebahagian yang diimpikan.
Kategori hukuman..
-hukuman boleh dibahagikan kepada dua kategori iaotu hudud dan ta’zir.
# takrif hudud : hudud ialah hukuman yang telah ditetapkankadarnya oleh syarak. hukumaN yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau dikurangkan atas nama hudud.
#takrif ta’zir: ta’zir ialah hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak
. Hukuman ini dilaksanakan berdasarkan pandangan pemerintahan. Kita akan bincangkan tentang ta’zir sebaik sahaja kita selesai membincangkan tentang hudud.
Hukuman hudud:
-hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan dan melibatkan enam jenis jenayah iaitu:zina,tuduhan zina,mencuri,minum minuman memabukkan,merompak (hirabah)dan murtad....
rujukan: mazhab shafie.....
Allah taala meletakkan manusia ditempaat yang amat mulia berbanding makhluk lain.. firman Allah taala: “ dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah berikan mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebih atas makhluk yang telah kami ciptakan.”(al-Isra’:70)
Antara penghormatan yang diberikan kepada manusia ialah Allah melantik manusia sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini. Firman Allah taala: “dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat; sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan tuhan itu dengan berkata): adakah engkau (ya tuhan kami) hendak menjadikan dibumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),padahal kaMI sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu daN mensucikan-Mu?? Tuhan berfirman: sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak mengetahuinya.(Al-Baqarah:30)”
Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa daRjat , kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu.(Al-An`am:165)
Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi,serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu, mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik,kemudian kembalilah kepada-Nya dengan taat dan tauhid.(Hud:61)
Penghormatan ini akan hanya dapat direalisasikan apabila seluruh kepentingan manusia dijaga dan manusia dipelihara daripada segala perkara yang tidak baik. Namun ini akan dapay dicapai hanya apabila lima keperluan asasi manusia iaotu agama,nyawa,akal,keturunan dan harta dikawal.semua elemen ini adalah keperluan asasi yang penting untuk kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini. Elemen ini juga penting untuk membantu manusia melaksanakan tugaS yang diamanahkan oleh Allah.
Agama islam didatangkan untuk memelihara semua elemen utama ini disamping mengelak sebarang perkara yang tidak baik. Atas ini menurut para ulama’, islam datang untuk menggarap semua kebaikan dan menghindar semua keburukan. Dengan landasan ini, islam menggariskan pelbagai ungdang-undang.termasuk dalam undang-undang ini adalah hudud dan ta’zir yang akan dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba menggugat kelima-lima elemen utama tadi. Berikut adalah penjelasan mengenai hudud dan ta’zir.disini di jelaskan sejauh manakah kesungguhan islam dalam menjalankan undang-undang ini agar manusia beroleh kebahagian yang diimpikan.
Kategori hukuman..
-hukuman boleh dibahagikan kepada dua kategori iaotu hudud dan ta’zir.
# takrif hudud : hudud ialah hukuman yang telah ditetapkankadarnya oleh syarak. hukumaN yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh ditambah atau dikurangkan atas nama hudud.
#takrif ta’zir: ta’zir ialah hukuman yang tidak ditetapkan oleh syarak
. Hukuman ini dilaksanakan berdasarkan pandangan pemerintahan. Kita akan bincangkan tentang ta’zir sebaik sahaja kita selesai membincangkan tentang hudud.
Hukuman hudud:
-hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan dan melibatkan enam jenis jenayah iaitu:zina,tuduhan zina,mencuri,minum minuman memabukkan,merompak (hirabah)dan murtad....
rujukan: mazhab shafie.....
HIBURAN YG DIHARUSKAN DAN DIHARAMKAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.... TAARIF HIBURAN ( AL-LAHWU ) ~ Seperti yang kita maklumkan bahawa hiburan adalah suatu bentuk yang melekakan insan daripada pelbagai aspek ganguan,pemikiran, dan masalah yang boleh menganggu tidur. ia juga disabitkan dengan bermain, berjenaka, bersembang malam dan menyayanyi dan sebagainya... JENIS-JENIS HIBURAN.... ~ hiburan mempunyai bentuk yang boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada kita yang menikmatinya...kebaikan berhibur adakalanya menyemai rasa suka untuk beramal kebajikan, juga melatih insan untuk berdikari menghadapi kesukaran.. keburukan berhibur pula, menjurus insan untuk lebih bersikap membuang masa dan memgabaikan tanggungjawab lain..disamping hiburan yang diharuskan adalah untuk menghilangkan insaN DARI masalah duniawi... HUKUM HIBURAN... ~ jenis pertama: hiburan yang tidak mendatangkan sebarang kesan sama ada baik atau buruk kpada manusia..hukumnya MAKRUH...contohnya berada dalam majlis yang penuh gurauan dan jenaka tidak berfaedah.. ~ jenis kedua: hiburan yang membawa keburukan kepada individu dan masyarakat...hukumnya adalah HARAM...contohnya hiburan yang membawa kpada kelalain untuk solat, bekerja mencari rezki dan tugasa-tugasan lain, juga dapat mendorong kpada berakhlak buruk dalam kehidupan.. sperti yang kita tahu, majlis nyanyian yang disertakan dengan dendangan alat muzik yang diharamkan dan juga mempunyai pelayan atau wanita.. ~ jenis ketiga: hiburan yang membawa kebaikan kpada individu dan masyarakat, hiburan ini DIBENARKAN...seperti perlumbaan, pertandingan memanah dan permainan berfaedah untuk peperangan.. HUKUM PERMAINAN DAN HIBURAN LAIN... ~ permainan yang tidak memerlukan banyak pergerakan seperti catur, dam, terup..ini merupakan permainan yang menggunakan kemahiran dan gaya berfikir, jadi persoalan halal atau makruh ditentukan sejauh mna ia menyebabkan kelalaian pemain.. ~ setiap permainan yang berdasarkan nasib dan yang bisa membantutkan akal fikiran maka hukumnya HARAM... ~ berhibur dengan haiwan seperti menyabung ayam atau lembu. ulama` bersepakat hukumnya HARAM kerana ia meninggalkn kesan negatif ke atas haiwan dan manusia.. ~ pertarungan: apa sahaja yang tidak membahayakan tubuh badan sebaliknya boleh melatih manusia mnjadi kuat dan mahir adalah DIBENARKAN...seperti menggunakan senjata...ini kerana rasulullah sendiri pernah bertarung dengan rukanah dan berjaya mengatasinya.. manakala pertarungan yang membahayakan seperti mampu melukakan, mematahkan tulang dan menghilangkan upaya adalah HARAM...contohnya: gusti, tinju dan lain2..nmun dikecualikan bagi pertarungan yang dilakukan dengan kaedah tertentu yang menjamin tidak berlaku suatu kecelakaan kpada kedua-dua pihak. hukumnya adakalanya DIBENARKAN atau DIGALAKKAN... HIBURAN YANG MEMBABITKAN PERTARUNGAN... ~ seperti yang dinyatakan sebelumnya, hiburan sperti di atas tadi adalah tidak dibenarkan jika malibatkan wang sama ada kedua pihak atat salah satu pihak, setiap pertaruhan dengan wang dianggap judi.. cuma wujud satu pendapat dikalangan ulama` shafie yang membenarkan pembabitan wang dalam pertarungan yang diharuskan. berdasarkan pendapat ini, Pertarungan ini mengikut hukum pertandingan berlumba dan memanah.. pendapat ini berdasarkan hadis MURSAL yang diriwayatkan abu daud: ` nabi s.a.w bertarung dgn rukanah ketika rukanah masih musyrik dan hadiahnya berupa beberapa ekor kambing `... dan menurut pendapat sahih dalam mazhab, pertaruhan wang tidak dibenarkan dalam semua permainan dan hiburan yg diharuskan sekalipun pertarungan kecuali memanah dAN pertandIngan lumba.. pendalihan berdasarkan abu daud di atas dijawab dlam dua hujahan: 1- hadis tersebut adalah hadis dhaif kerana ia mursal... 2- jika ia diandaikan sahih, peristiwa tersebut berlaku sebelum rukanah memeluk islam. keadaan itu membabitkan hukum berbeza. dalilnya ialh setelah rukanah memeluk islam, nabi s.a,w memulangkan semula kambing2 tersebut kpadanya... wallua`lam.... ~ karangan dari mazhab shafie.....
Subscribe to:
Posts (Atom)